Kenapa Sakit Leher Boleh Menyebabkan Migrain? Ini Penjelasan Pakar Kiropraktik

Pernah tak anda alami sakit kepala yang datang tiba-tiba selepas duduk lama di meja, memandu dalam tempoh yang panjang, atau asyik tengok telefon berjam-jam? Ramai yang akan anggap ini migrain biasa akibat tekanan kerja atau kurang tidur. Tapi sebenarnya, sakit leher yang “biasa” itu mungkin petanda awal masalah tulang belakang yang lebih serius.

Dalam banyak kes, migrain boleh berpunca daripada tekanan atau ketegangan di bahagian leher, bukan semata-mata hormon atau stres.

Apa Sebenarnya Migrain Servikogenik?

Migrain servikogenik ialah sejenis sakit kepala yang berpunca daripada struktur di leher, termasuk sendi, otot, atau saraf di kawasan tulang belakang serviks (leher). Bila struktur ini terganggu, ia boleh menghantar isyarat kesakitan ke bahagian kepala.

Ini berlaku kerana kawasan serviks atas (C1-C3) mempunyai sambungan neurologi yang rapat dengan saraf trigeminal iaitu saraf utama yang menghantar sensasi sakit ke bahagian kepala dan muka. Apabila terdapat tekanan, keradangan, atau ketegangan pada tisu di leher, impuls kesakitan ini boleh “dipancar” ke laluan saraf di otak yang biasanya mengesan sakit kepala.

Dalam bahasa mudah, otak anda mungkin ‘keliru’ kerana ia mengesan masalah di leher sebagai migrain atau sakit kepala, walaupun puncanya bukan dari otak itu sendiri. Fenomena ini dikenali sebagai “pain referral” dan ia adalah asas kepada migrain servikogenik.

Migrain jenis ini selalunya tidak bertindak balas dengan baik terhadap ubat tahan sakit biasa kerana ubat hanya merawat simptom, bukan puncanya. Itulah sebabnya rawatan fizikal seperti terapi kiropraktik atau fisioterapi lebih berkesan untuk jenis migrain ini. Dengan membetulkan punca di leher, tekanan ke atas saraf boleh dikurangkan sekaligus menghentikan isyarat sakit ke kepala.

Tanda-Tanda Migrain Yang Berpunca Dari Leher

Bagaimana nak kenal pasti kalau migrain anda mungkin berpunca dari leher? Ini beberapa tanda biasa:

  • Sakit kepala bermula dari leher atau bahu
  • Kesakitan dirasai hanya di sebelah kepala
  • Sakit bertambah teruk bila tunduk, dongak, atau pusingkan kepala
  • Rasa tegang di otot leher atau bahu
  • Pening dan rasa mual (loya)

Apa Punca Leher Boleh Jadi Punca Migrain?

Masalah leher yang mencetuskan migrain selalunya berpunca daripada:

Postur badan yang salah

Gaya hidup moden menyumbang besar kepada masalah ini. Ramai orang menghabiskan berjam-jam menunduk melihat telefon bimbit atau bekerja di komputer tanpa rehat. Apabila kepala sentiasa berada di hadapan garisan bahu (forward head posture), ia menambah beban pada otot dan sendi leher. Lama-kelamaan, postur ini boleh menyebabkan ketegangan kronik dan tekanan pada saraf serviks.

Slipped disc serviks

Cakera di antara tulang belakang serviks berfungsi sebagai penyerap hentakan. Jika ia tergelincir atau terkeluar dari kedudukan asal, ia boleh menekan akar saraf yang berdekatan. Tekanan ini bukan saja menyebabkan sakit leher, tetapi juga boleh memicu migrain jika saraf yang terlibat bersambung dengan laluan sensori ke kepala.

Ketegangan otot kronik

Tekanan emosi, kurang tidur, atau tabiat kerja statik (seperti duduk terlalu lama) boleh menyebabkan otot-otot leher menjadi tegang sepanjang masa. Ketegangan ini bukan sahaja menyakitkan tetapi juga merangsang saraf yang berkait dengan kepala, menyebabkan rasa berdenyut yang menyerupai migrain.

Kecederaan lama atau trauma

Contohnya, whiplash akibat kemalangan atau kecederaan sukan yang tidak dirawat dengan betul. Walaupun sakitnya mungkin hilang sementara, kerosakan kecil pada sendi atau tisu di leher boleh kekal dan mencetuskan sakit kepala secara berulang apabila saraf mula terganggu semula.

Kesemua faktor ini, walaupun nampak remeh, boleh mengganggu keseimbangan struktur di kawasan serviks. Bila saraf di leher mula tertekan atau meradang, otak akan mengesan isyarat sakit, lalu mencetuskan migrain. Itulah sebabnya penting untuk tidak memandang ringan sakit leher, terutama jika ia disertai dengan sakit kepala berulang.

Rawatan Kiropraktik di Osso Bone Care sebagai Alternatif untuk Merawat Migrain

Kiropraktik sering disyorkan untuk membantu menguatkan otot leher yang menyokong tulang belakang, mengurangkan kesakitan, dan meningkatkan fleksibiliti.

Penyesuaian Tulang Leher

Ini adalah asas rawatan kiropraktik. Kiropraktor akan mengenal pasti sendi yang tidak selari atau terkunci (terutama di kawasan serviks, iaitu leher) dan melakukan penyesuaian lembut untuk membetulkan posisi tersebut. Bila tulang leher kembali sejajar, tekanan pada saraf dapat dikurangkan, melegakan gejala seperti migrain, sakit tengkuk dan ketegangan otot.

Flexion-Distraction Technique

Dengan menggunakan teknik Osso Flexion Distraction Adjustment Technique®, ia boleh  merawat cakera herniated ataupun “herniated disc” melalui peregangan tulang belakang secara lembut untuk mengurangkan tekanan kepada saraf dan cakera tulang belakang atau “disc”. Teknik yang melentur tulang belakang berulang kali akan membuka ruang cakera disc untuk meningkatkan ruang di antara vertebra, maka ianya akan mengurangkan tekanan pada cakera disc dan juga saraf, lalu ianya akan membuka laluan saraf untuk melegakan saraf yang terhimpit.

Osso Bone Care adalah pusat kiropraktik yang pertama di Malaysia menawarkan Osso Flexion Distraction Adjustment Technique®  prosedur yang tidak invasif, menjadikannya pilihan yang disukai bagi ramai yang mencari rawatan konservatif untuk mengelakkan pembedahan. 

Spinal Decompression Therapy

Osso 3D Spinal Decompression Therapy® adalah kaedah rawatan kiropraktik yang merupakan teknologi terbaru tanpa pembedahan dimana ianya  menggunakan sistem daya tarikan kawalan komputer melibatkan peregangan tulang belakang secara lembut untuk mencipta tekanan negatif yang membantu menarik semula cakera herniated disc. Tekanan negatif ini akan mencipta “efek penyedutan” yang akan menyedut disc herniasi, maka mengurangkan tekanan pada saraf yang “terhimpit”.

Penyelidikan menunjukkan bahawa terapi penyahmampatan tulang belakang boleh memberi manfaat dalam mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi pada individu yang mengalami masalah disc herniasi. Teknik tidak invasif ini selaras dengan prinsip kiropraktik yang menangani masalah asas yang menyumbang kepada masalah disc herniasi, menawarkan kaedah alternatif untuk mengurus dan merawat keadaan tersebut.

Pemeriksaan X-ray Digital

Sebelum memulakan rawatan, pasukan di Osso akan menjalankan pemeriksaan menggunakan X-ray digital berteknologi tinggi. Ini membolehkan mereka melihat dengan jelas kawasan tulang belakang yang mengalami penyempitan, ketidaksejajaran, atau tanda-tanda cakera menekan saraf. Dengan diagnosis yang tepat, rawatan dapat dirancang dengan lebih efektif dan disasarkan ke kawasan yang betul.

Bila Perlu Jumpa Kiropraktor?

Jangan tunggu sampai migrain semakin teruk atau menjadi lebih kerap. Pertimbangkan rawatan jika:

  • Sakit kepala berlaku secara berulang dan semakin kuat
  • Anda mula rasa ketegangan berterusan di leher
  • Ubat penahan sakit sudah tidak lagi berkesan

Rawatan awal boleh mengelakkan komplikasi jangka panjang dan mempercepatkan proses pemulihan.

Salah Satu Pusat Kiropraktik Terbaik di Kuala Lumpur

Migrain bukan hanya berpunca daripada hormon atau stres. Dalam banyak kes, masalah postur dan ketegangan di leher memainkan peranan besar. Jika anda sering alami migrain yang disertai sakit leher, mungkin sudah tiba masa untuk pertimbangkan pemeriksaan tulang belakang. Di Osso Bone Care, kami sedia membantu anda menangani migrain tanpa ubat, secara semula jadi dan selamat.

Sebagai perintis dalam bidang ini semenjak tahun 2007, kami adalah pusat kiropraktik pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan x-ray digital bersepadu, menyelaraskan penjagaan kiropraktik anda di bawah satu bumbung. Ramai pesakit telah menemui kejayaan dan hasil yang memuaskan di Osso Bone Care dengan rawatan unik kami.

Mengapa mahu pergi ke tempat lain jika Osso Bone Care Chiropractic® mempunyai semua yang anda perlukan?

Rawatan DUO-COMBO "Chiro + Physio" Hanya RM250!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »