Rawatan Kiropraktik Berkesan di Malaysia
Dengan kehidupan dunia yang semakin bergerak pantas dan dengan peningkatan kegunaan teknologi, kualiti kesihatan tulang belakang manusia menurun dan sering diabaikan. Keamalan postur yang buruk, membongkok di hadapan skrin untuk masa yang panjang, dan gaya hidup yang penuh tekanan boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan tulang belakang kita. Sakit belakang adalah adalah salah satu masalah yang boleh dikatakan hampir semua orang akan hadapi pada sesuatu waktu, tetapi tahukah anda bahawa rawatan kiropraktik boleh menawarkan penyelesaian invasif tanpa ubat kepada pelbagai masalah kesihatan?
Osso Bone Care menawarkan rawatan kiropraktik yang boleh menangani pelbagai masalah tulang belakang dan sendi. Kebanyakan pesakit kami yang menderita dengan masalah cakera tergelincir ataupun lebih dikenali dengan “slipped disc” mendapat manfaat besar untuk mengurangkan kesakitan dan menangani masalah sakit tulang belakang.
Apa itu Kiropraktik?
Ramai tidak tahu bahawa sakit tulang belakang boleh dirawat dengan rawatan Kiropraktik, terutamanya golongan kaum Melayu. Malah, sesetengah orang menganggap kiropraktik hanya sekadar untuk membetulkan leher, pinggang dan sendi ataupun anda pergi untuk pelarasan tulang apabila adanya sakit belakang. Dalam bahasa Malaysia, kiropraktik merujuk kepada amalan perubatan yang memberi tumpuan kepada rawatan dan pencegahan gangguan mekanikal sistem muskuloskeletal. Ia berasal dari perkataan Yunani: “chiro” yang berasal daripada perkataan Yunani Kuno “cheir” (χείρ) yang bermaksud “tangan” dan; perkataan Yunani “praktikos” (πρακτικός) yang bermaksud “praktikal” atau “berkaitan dengan tindakan.” Jadi makna literal “chiropractic” diterjemahkan kepada sesuatu yang seperti “dilakukan dengan tangan.” Ini mencerminkan prinsip utama rawatan kiropraktik yang bergantung kepada pelarasan manual tulang belakang.
Rawatan kiropraktik bukan sekadar membetulkan tulang belakang. Kiropraktor dilatih untuk mengenal pasti dan menangani ketidakseimbangan tulang belakang yang dikenali sebagai subluksasi yang boleh mengganggu fungsi saraf dan juga membawa dan berkaitan kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain. Dengan menggunakan pelarasan manual, kiropraktor berusaha untuk memulihkan penjajaran tulang belakang yang betul, menggalakkan komunikasi saraf yang optimum dan kesejahteraan keseluruhan.
Rawatan Tanpa Pembedahan Inovatif
Di Osso Bone Care, kami memahami kepentingan penjagaan integratif, oleh itu kiropraktor kami akan mengusahakan dengan pelan rawatan komprehensif yang akan menumpukan kepada kondisi individu yang berbeza. Rawatan yang diberi akan menggunakan tangan untuk membetulkan posisi tulang belakang ataupun lebih dikenali dengan “adjustment” dan juga penglibatan kegunaan modaliti yang canggih, memastikan anda menerima penjagaan yang berkualiti tinggi. Kami lebih memberi tumpuan pada rawatan yang khusus atau diperibadikan, bermakna, setiap sesi rawatan akan disesuaikan dengan keperluan unik kondisi individu masing-masing untuk membantu pemulihan masalah tulang belakang.
Kami memahami bahawa kondisi masalah setiap pesakit adalah berbeza, oleh itu pakar kiropraktor dan fisioterapi kami akan meluangkan masa untuk menilai kondisi secara menyeluruhnya dan malah kiropraktor kami akan mengesyorkan untuk menjalani pemeriksaan Digital X-ray Tulang Belakang + Pelvik untuk menilai struktur, bentuk, dan penjajaran vertebra tulang belakang. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang ketidaknormalan dalam tulang belakang dalam proses rawatan dan untuk mengenal pasti punca utama masalah tulang belakang anda dengan tepat. Kiropraktor kami akan menganalisis keputusan X-Ray anda dengan teliti dan memberikan penilaian terperinci berdasarkan keputusan saringan X-Ray memastikan anda memahami dengan jelas kondisi tulang belakang anda.
Dengan mengejutkan, ramai yang datang kepada kami tidak pernah menjalani pemeriksaan X-ray, menyebabkan pengamal sebelumnya hanya meneka. Teknologi X-ray digital canggih, mendedahkan masalah yang tidak dapat dikesan sebelum ini. Dengan bukti dan penganalisisan Digital X-Ray, diagnosis yang diberi adalah menyeluruh dan tepat serta pelan rawatan yang sesuai berdasarkan kondisi individu yang berlainan. Dengan prinsip kami, “Melihat adalah mengetahui, tidak melihat adalah meneka,” kami memastikan diagnosis yang tepat dan meningkatkan hasil rawatan dengan ketara.
Teknik Rawatan Kiropraktik Kami
Kiropraktik sering disyorkan untuk membantu menguatkan otot yang menyokong tulang belakang, mengurangkan kesakitan, dan meningkatkan fleksibiliti. Jika tidak dirawat, gejala seperti sakit, kebas, lemah, kesukaran berdiri, jalan atau duduk untuk jangka masa yang lama akan dialami.
Flexion-Distraction Technique
Dengan menggunakan teknik Osso Flexion Distraction Adjustment Technique®, ia boleh merawat cakera herniated ataupun “herniated disc” melalui peregangan tulang belakang secara lembut untuk mengurangkan tekanan kepada saraf dan cakera tulang belakang atau “disc”. Teknik yang melentur tulang belakang berulang kali akan membuka ruang cakera disc untuk meningkatkan ruang di antara vertebra, maka ianya akan mengurangkan tekanan pada cakera disc dan juga saraf, lalu ianya akan membuka laluan saraf untuk melegakan saraf yang terhimpit.
Osso Bone Care adalah pusat kiropraktik yang pertama di Malaysia menawarkan Osso Flexion Distraction Adjustment Technique® prosedur yang tidak invasif, menjadikannya pilihan yang disukai bagi ramai yang mencari rawatan konservatif untuk mengelakkan pembedahan. Teknik ini telah mencapai 10 tahun semenjak diperkenalkan di Malaysia dan juga telah membantu ramai pesakit yang mengalami masalah Slipped Disc menjalani aktiviti harian dan mengamalkan kehidupan yang normal.
Terapi Penyahmampatan Tulang Belakang atau Spinal Decompresion Therapy
Osso 3D Spinal Decompression Therapy® adalah kaedah rawatan kiropraktik yang merupakan teknologi terbaru tanpa pembedahan dimana ianya menggunakan sistem daya tarikan kawalan komputer melibatkan peregangan tulang belakang secara lembut untuk mencipta tekanan negatif yang membantu menarik semula cakera herniated disc. Tekanan negatif ini akan mencipta “efek penyedutan” yang akan menyedut disc herniasi, maka mengurangkan tekanan pada saraf yang “terhimpit”.
Dengan mengurangkan mampatan pada saraf, ianya akan meningkatkan aliran darah, dan membantu proses penyembuhan cakera disc yang terjejas, memberikan kelegaan dan mengurangkan sakit secara berkesan.
Penyelidikan menunjukkan bahawa terapi penyahmampatan tulang belakang boleh memberi manfaat dalam mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi pada individu yang mengalami masalah disc herniasi. Teknik tidak invasif ini selaras dengan prinsip kiropraktik yang menangani masalah asas yang menyumbang kepada masalah disc herniasi, menawarkan kaedah alternatif untuk mengurus dan merawat keadaan tersebut.
Drop Table Teknik
Drop Table Teknik adalah rawatan kiropraktik yang melibatkan segmen meja khusus yang dinaikkan secara strategik dan kemudian dijatuhkan dengan cepat semasa pelarasan tulang belakang ataupun “adjustment”. Kaedah ini membolehkan pelarasan tulang belakang yang lembut dan terkawal untuk menyasarkan masalah tulang belakang yang tertentu secara berkesan.
Kiropraktor menggunakan drop table untuk menyasarkan kawasan tertentu tulang belakang dengan ketepatan dan terperincinya, membantu dalam pembetulan penjajaran tulang belakang. Gerakan jatuh yang terkawal oleh kiropraktor dengan lembutnya, menjadikannya pilihan yang selesa untuk pesakit yang mengalami disc herniasi dan juga kepada golongan pesakit yang tidak dapat bertolak ansur dengan “adjustment manual”. Pesakit sering mendapati teknik drop table selesa dan berkesan dalam mengurangkan kesakitan dan meningkatkan penjajaran tulang belakang.
Rawatan konservatif ini bertujuan untuk memberikan kelegaan dan meningkatkan kualiti hidup tanpa perlu menjalani pembedahan. Rawatan akan digabungkan untuk menawarkan penjagaan alternatif untuk masalah disc herniasi, menggalakkan penyembuhan dan pemulihan keseluruhan.
Gejala yang Kami Boleh Bantu Anda
Slipped Disc
Sciatica
Scoliosis
Degenerative Disc Disease
Spondylosis
Migraine
Frozen Shoulder
Back Pain
Neck Pain
Pelvic Pain After Pregnancy
Bone Spur
Knee, Ankle & Wrist Injury
Jika anda mengalami kesakitan muskuloskeletal atau gejala neurologi yang mengehadkan aktiviti harian anda, rawatan kiropraktik mungkin dapat membantu. Jadualkan temujanji dengan kami hari ini untuk konsultasi yang diperibadikan dan lihat sama ada pelarasan kiropraktik boleh menjadi kunci kepada kelegaan kesakitan semula jadi dan kesejahteraan yang lebih baik.
Manfaat Rawatan Kiropraktik
Rawatan kiropraktik menawarkan pelbagai kelebihan yang boleh memberi kesan positif terhadap kesejahteraan keseluruhan anda. Dengan mendapatkan rawatan kiropraktik, anda boleh mengalami pengurangan kesakitan, peningkatan fleksibiliti, meningkatkan mobiliti, dan peningkatan tahap tenaga.
Meningkatkan Sistem Imun: Mempertingkatkan fungsi saraf yang lebih baik boleh meningkatkan imun sistem yang lebih kuat, mengurangkan masalah penyakit.
Meningkatkan Prestasi Atletik: Penjajaran yang betul boleh meningkatkan pergerakan, fleksibiliti, dan keseimbangan, berpotensi kepada prestasi atletik yang lebih baik.
Memperbaiki Kualiti Tidur: Pelarasan kiropraktik boleh menangani gangguan saraf yang mengganggu corak tidur, menggalakkan tidur yang lebih dalam dan lebih nyenyak.
Menguruskan Keadaan Kronik: Rawatan kiropraktik boleh memanfaatkan dalam menguruskan kondisi kronik seperti migrain, alahan, dan juga masalah pencernaan.
Selain itu, rawatan kiropraktik memberi tumpuan kepada teknik semula jadi dan tidak invasif, mengurangkan keperluan untuk ubat-ubatan, suntikan steroid atau intervensi pembedahan. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan risiko kesan sampingan tetapi juga menyokong keupayaan semula jadi tubuh anda untuk sembuh sendiri.
Tambahan pula, rawatan kiropraktik boleh membantu mempertingkatkan postur yang betul, keseimbangan, dan koordinasi anda, membawa kepada fungsi fizikal keseluruhan yang lebih baik dan prestasi dalam aktiviti harian.
Pakar Kiropraktor di Malaysia
Kiropraktor di Malaysia mesti menunjukkan latar belakang pendidikan dan kelayakan undang-undang mereka untuk berlatih. Pertama, mereka mesti lulus dari program pendidikan kiropraktik yang telah menerima akreditasi dari The Councils on Chiropractic Education International (CCEI) selama sekurang-kurangnya empat tahun. Ini memastikan mereka menerima latihan berkualiti tinggi yang diiktiraf oleh pihak berkuasa kiropraktik global.
Selain pendidikan mereka, kiropraktor juga mesti mempunyai lesen untuk berlatih di negara mereka. Di Malaysia, ini bermakna berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari Malaysia (T&CM), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pendaftaran dengan Persatuan Kiropraktik Malaysia (ACM) memastikan pusat yang berkelayakan boleh dikaji dan perniagaan. Dengan memenuhi kelayakan dan standard yang ketat ini, kiropraktor di Malaysia dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memberikan penjagaan yang berkesan dan profesional untuk individu yang mencari rawatan bagi masalah kesakitan cakera tulang belakang seperti cakera herniasi.
Diperakui dan Berdaftar dengan Perubatan Tradisional & Komplementari (T&CM), Kementerian Kesihatan Malaysia
Diperakui dan Berdaftar dengan Persatuan Kiropraktik Malaysia (ACM)
Osso Bone Care berkelayakan untuk memberikan anda perkhidmatan kiropraktik terbaik untuk pesakit cakera tergelincir dan cakera herniasi.
Salah Satu Pusat Kiropraktik Terbaik di Malaysia
Sebagai perintis dalam bidang ini semenjak tahun 2007, kami adalah pusat kiropraktik pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan x-ray digital bersepadu, menyelaraskan penjagaan kiropraktik anda di bawah satu bumbung. Ramai pesakit telah menemui kejayaan dan hasil yang memuaskan di Osso Bone Care dengan rawatan unik kami.
Mengapa anda mahu pergi ke tempat lain jika Osso Bone Care Chiropractic® mempunyai semua yang anda perlukan?
Soalan lazim
Soalan Lazim Tentang Rawatan Kiropraktik
Ya, teknik Osso Flexion Distraction Adjustment Technique® dan teknik pelarasan Drop Table Teknik yang kami gunakan adalah lembut. Kedua-dua rawatan ini sangat sesuai untuk pesakit warga emas, pesakit yang dalam kesakitan, pesakit Slipped Disc, atau mereka yang tidak dapat menahan pelarasan manual dan pesakit yang menggunakan kerusi roda yang memerlukan rawatan secara lembut. Warga Emas berusia 89 tahun masih boleh menerima rawatan dengan kami.
Ya, rawatan kiropraktik boleh merawat Slipped Disc dengan berkesannya. Di Osso Bone Care, kiropraktor kami menggunakan teknologi X-ray digital untuk menganalisis struktur tulang belakang anda dan mengenal pasti punca masalah. Dengan diagnosis yang tepat, kami menggunakan teknik Osso Flexion Distraction Adjustment Technique® yang lembut dan juga Osso 3D Spinal Decompression Therapy® yang paling berkesan untuk masalah Slipped Disc. Teknik-teknik ini direka khas untuk mengurangkan tekanan pada cakera disc dan saraf, mengurangkan kesakitan, dan mengurangkan tekanan pada saraf yang "terhimpit.
Ya, rawatan kiropraktik boleh membantu dengan sakit kepala kronik. Melalui pelarasan dan terapi khusus, kiropraktor fokus untuk mengurangkan ketegangan di leher, sering kali mengurangkan masalah sakit kepala dan migrain. Pendekatan ini bertujuan untuk menangani punca masalah dan bukan sekadar hanya menangani gejala yang dialami untuk mencegah masalah berulang balik.